TrainRun · Dasar Privasi
Dikemas kini 9 November 2026 (app iOS dan Android)TrainRun ialah permainan pengurusan stesen tren. Anda boleh main sebagai tetamu tanpa akaun; akaun hanya untuk simpan progress di awan dan main di peranti lain.
Apa yang kami simpan
- Main sebagai tetamu: save permainan disimpan dalam pelayar anda sahaja (localStorage). Tiada apa dihantar kepada kami.
- Jika anda cipta akaun: nama samaran yang anda pilih, save permainan anda (stesen, duit dalam game, kemajuan), dan cara log masuk:
- Passkey: kunci awam passkey sahaja. Cap jari, muka atau PIN anda tidak pernah sampai kepada kami.
- Google: nombor akaun Google yang rawak (“sub”) sahaja. Kami tidak simpan emel, nama sebenar atau gambar profil anda.
- Papan Markah: jika anda log masuk dan hantar skor Cabaran Pengurus, nama samaran, skor dan jumlah perjalanan anda dipaparkan kepada semua pemain. Kami simpan hasil pengiraan semula pelayan sahaja, bukan skor yang anda dakwa.
- Pembelian Duit Betul: pembayaran dibuat di Stripe. Kami tidak nampak nombor kad anda. Kami simpan rekod pembelian pada akaun anda: barang, jumlah, mata wang, nombor rujukan Stripe dan status (dibayar, dipulangkan atau dipertikaikan).
- Notifikasi “Duit offline penuh” (pilihan): hanya jika anda hidupkannya di Tetapan, dan tidak perlu akaun. Kami simpan langganan notifikasi pelayar anda (alamat perkhidmatan notifikasi pelayar dan kunci penyulitan), bila hendak mengingatkan, dan jumlah duit untuk mesej itu. Ia tidak dipautkan kepada nama atau akaun. Notifikasi dihantar melalui perkhidmatan pelayar anda (Google, Apple, Mozilla atau Microsoft). Ia dipadam bila anda matikan notifikasi, bila perkhidmatan itu menolaknya, atau selepas 60 hari tanpa kemas kini.
- Statistik tanpa nama (semua pemain, termasuk tetamu): setiap kali permainan dibuka, kami tambah satu pada pembilang harian. Kami juga kira pelayar yang buka buat kali pertama dan berapa yang dipasang ke skrin utama. Hanya angka sehari disimpan: tiada pengecam, kuki, alamat IP atau maklumat peranti.
- Kuki sesi: satu kuki untuk kekal log masuk (30 hari). Kami simpan versi hash sahaja.
- Keselamatan: alamat IP digunakan sementara untuk menghadkan cubaan log masuk berulang, dan tidak disimpan bersama akaun.
App iOS dan Android
- Save disimpan pada telefon anda, dalam storan app. Jika anda log masuk, save juga disimpan di awan seperti di laman web.
- Pembelian dalam app dibayar melalui App Store atau Google Play. Kami tidak melihat nombor kad anda. Kami menerima resit pembelian daripada kedai itu untuk mengesahkan item. Jika anda log masuk, kami simpan rekod item itu dalam akaun anda (rujukan resit dalam bentuk hash, item, tarikh). Jika tidak, resit hanya disemak dan tidak disimpan.
- App tidak mengumpul lokasi, kenalan, gambar atau pengecam iklan.
- App diterbitkan oleh Hydras Medical Sdn. Bhd.
Apa yang kami tidak buat
- Tiada iklan dan tiada penjejakan iklan.
- Kami tidak menjual atau berkongsi data anda.
- Kami tidak membaca kata laluan; TrainRun tidak menggunakan kata laluan.
Di mana data disimpan
Laman dan pangkalan data berjalan di Cloudflare (pusat data Asia Pasifik). Jika anda log masuk dengan Google, Google mengesahkan identiti anda di bawah dasar privasi Google sendiri.
Padam akaun
Dalam permainan: Log masuk / Cipta Akaun → Padam akaun. Akaun, passkey, pautan Google, save awan, markah Papan Markah dan rekod pembelian dalam permainan dipadam serta-merta. Stripe menyimpan rekod pembayaran mereka sendiri mengikut dasar mereka. Save di peranti anda kekal sehingga anda padam data pelayar.
Notifikasi: Tetapan → Notifikasi, matikan “Duit offline penuh”. Langganan anda dipadam serta-merta.
Hubungi kami
Soalan tentang privasi: emel dev@trainrun.app, atau halaman sokongan. Anda juga boleh hantar mesej melalui halaman Ko-fi TrainRun.
In English
Guests play with no account; saves stay in the browser. If you create an account we store only your chosen nickname, your game save, and your sign-in method: a passkey public key, or Google's anonymous account id (“sub”) — no email, real name or photo. If you submit a Cabaran score while signed in, your nickname, score and trip count appear on the public board (we store only the server's recomputed result). Real-money purchases are paid at Stripe, which we never see card numbers from; we keep an order record on your account (item, amount, currency, Stripe reference, status). The optional “Duit offline penuh” notification, only if you turn it on and with no account needed, stores your browser's push subscription (its push-service address and encryption keys), the reminder time and an amount for the message, not linked to a name or account; it is deleted when you turn it off, when the push service rejects it, or after 60 days without an update, and messages travel through your browser vendor's push service. Anonymous daily counters (for everyone, guests included) record how many times the game was opened, how many browsers opened it for the first time and how many were installed: only the day's totals are kept, with no identifier, cookie, IP address or device information. One session cookie keeps you signed in (stored hashed). IP addresses are used briefly for rate limiting. No ads, no ad tracking, no selling data. Hosting and database: Cloudflare (Asia-Pacific). Delete everything any time in the game: Log masuk / Cipta Akaun → Padam akaun (Stripe keeps its own payment records); turn notifications off in Tetapan → Notifikasi. Contact: via the TrainRun Ko-fi page above.
iOS and Android apps, published by Hydras Medical Sdn. Bhd. Saves stay on your phone in the app's storage, and in the cloud if you sign in. In-app purchases are paid through the App Store or Google Play; we never see your card number. We receive the store's receipt to confirm the item. If you are signed in we keep a record on your account (a hash of the receipt reference, the item and the date); otherwise the receipt is checked and not kept. The apps do not collect location, contacts, photos or an advertising id. To delete your account: Log masuk / Cipta Akaun → Padam akaun, in the game. Contact: dev@trainrun.app.